Wednesday, July 30, 2008
bersama
ada gembira untuk dirai
ada kasih untuk diberi
ada rindu untuk dirasai
ada puisi untuk dibaca
ada naluri untuk dirasa
prasasti rindu
kasih terlakar pada rona
terbentuk dalam saksi yang terbina
setelah sekian lama disitu
menjadi prasasti rindu
antara kau dan aku
diri ini
ada masalah yang akan diselesai
ada janji yang perlu ditunai
ada perasaan yang hendak dibelai
Saturday, July 19, 2008
Sepi
risau dan sepi menjemputku
apabila tiba-tiba sunyi
setelah sekian lama ceria
mendengar tawa manismu
mungkin kau perlu masa
atau mengumpul tenaga
aku tetap menanti
kerana dirimu tak berganti
Friday, July 18, 2008
Mesyuarat
boleh membosankan
atau menceriakan
kerana mesyuarat adalah kehidupan
yang kita lalui berterusan
tanpa mesyuarat hidup tak cukup syarat
kerana mesyuarat tanda kita ada komuniti
yang hidup dan bergerak tanpa henti
mesyuarat
bukan tempat tidur
atau forum melampiaskan kuasa
bagi yang ada kuasa veto
selamat
selamat tengahari kekasihku
selamat petang manisku
selamat malam cintaku
selamat siang buah hatiku
tak sama dengan
assalamualaikum kekasihku
kerana pagi, tengahari, petang, malam dan siang
hanya batasan-batasan waktu
sementara assalamualaikum adalah semua waktu
dan sayang, kekasih, manis, cinta dan buah hati
bukan dirimu
kerana kau adalah yang ku terima seadanya
Tuesday, July 15, 2008
naik, tak ada yang turun
minyak naik beras naik roti naik
semuanya naik
tak ada yang turun
'salah tu'
'ada yang turun'
'apa yang turun?'
'hujan'
hujan memberi sumber kehidupan
kepada pokok, sayur-sayuran, padi, gandum dan buah-buahan
yang hidup oleh hujan turun juga naik
semuanya naik
tak ada yang turun
politik
siang malam politik
pagi petang politik
ulamak kata politik tu wajib
politikus cakap politik tu kotor
orang biasa kata
mengundi atau tidak biasa aje
ada duit semua boleh jadi
orang masuk politik nak jadi kaya
orang kata kena kaya dulu baru masuk politik
kalau tak kaya tak boleh jadi orang atas
pening juga memikirkannya
ikut hati tak campur sangat
tapi ini negara aku, aku kena tahu
kerana politik adalah masa depan
maya
dengan jiwa yang hadir
dan jasad yang hampir
kita berbicara di ruang maya
dengan cinta yang bercahaya
dan kasih yang menyala
munajat
di bumi yang asing dan usang
mana mula dan tamatnya
mana pangkal dan hujungnya
mana benar dan salahnya
bercampur baur
semakin jauh perjalanan
terasa semakin kerdil
kerana setiap persoalan tidak berjawab
tiba-tiba gagah
dan semua persoalan terjawab
yang asing menjadi biasa
yang usang menjadi baru
semuanya tersusun kembali
keranamu Rabbul Izzati
Monday, July 14, 2008
warkah cinta
akan dijilid menjadi kehidupan yang bahagia
dan di baca berulang kali
untuk dimengerti dalam kehidupan
kerana kehidupan banyak pancaroba
dan lafaz-lafaz cinta menjadi saksi
Sunday, July 13, 2008
lafaz cinta
tatkala aku melafazkan kata
"aku terima nikahnya dengan maskahwin sebuah Al Quran tunai"
setelah ayahmu menyatakan
"aku nikahkanmu dengan anakku dengan mas kahwin sebuah Al Quran tunai"
tergambar di ruangan minda
tatkala aku mengimami solatmu
dan kau mengaminkan doa dengan syahdu
dan setelah itu
kau mencium tanganku
lalu aku mengucup dahimu
tanda kasih ku padamu
ikhlas
walaupun solat tak henti
dan puasa tak putus
dan sedekah berterusan
tak mudah untuk masuk syurga
kerana syurga milik Allah
bukan pahala jadi jambatan
tetapi ikhlas yang berpanjangan
terima seadanya
seandainya lebih, lebihlah ku terima
sekiranya kurang, kuranglah ku punyai
kerana aku sedar
bahawa samada lebih atau kurang
bukan kehendakmu
itu kehendak Allah yang kuasa
aku rindu padamu
bercambah menjadi kasih
semakin membesar menjadi cinta
dan rindu menjelma sentiasa
di kepanasan siang dan kedinginan malam
rindu masih berterusan
aku bersamamu dibalik kesibukanmu
dengan assignment yang tak putus-putus
aku tetap bersamamu
kerana kejayaanmu hadiah untuk ku
cagaran diri
dan malam menjelma tanpa bulan
tatkala hujan semakin lebat membasahi bumi
aku kedinginan di tengah malam di tengah hujan dan di tengah kegelapan
namun ku gagahi diri menantimu
sebagai cagaran kesetiaanku
Friday, July 11, 2008
Thursday, July 10, 2008
Tuesday, July 8, 2008
Hutan
Monday, July 7, 2008
Kura-Kura
Pepatung
Bunga Gantung
Bunga Mawar
Bunga Kuning
Bunga Kertas
Bunga Warna Merah
Teratai
Suara Hati
yang bernama sayang itu perasaan yang entah dari mana ia datang
membawa sejuta erti yang entah dari mana terbitnya
yang menyelinap dari diri ke hati
dan menetap di situ
yang bernama kasih itu suatu ikatan yang tulus entah dari mana asalnya
membawa sejuta maknawi yang entah dari mana jadinya
yang meresap dari hati ke sanubari
dan memancar bagaikan mentari
yang bernama cinta itu suatu yang suci entah dari mana mulanya
membawa kuasa yang entah dari mana puncanya
yang bersebati dari ubun-ubun ke kaki
dan mengalir bagaikan darah ke seluruh jasad
adapun sayang, kasih dan cinta
walau apapun maknanya
atau dari mana asalnya
atau dari mana puncanya
atau dari mana terbitnya
adalah suci, murni dan tulus dari hati ke hati
yang bersebati dalam diri dan nurani
dan sekiranya mereka datang dari arah mana pun
datangnya mereka dari Ilahi
hasil nukilan
Azieham
17 Mei 2008
Teman
hari-hari yang dimamah usia
tak tinggal selintas pun masa
bagi mancari erti cinta
demi mengenal maksud rasa
ketika malam mengejar fajar
seorang pencari mencari sinar
ketika dini hari suara terpancar
“kenapa mencari di sini
carilah dilubuk hati”
ku selongkar hati
tak ku temui cinta dan rasa
tak ku temui makna
tetapi ada bisikan menerpa
“aku ada disini dan masih tetap disini
pejamkan mata dan lihatlah
sumbatkan telinga dan dengarlah
nescaya kau akan ketahui
bahawa cinta dan rasa itu hakikat
bahawa makna itu sifat
yang lahir bukan dari dirimu
yang mengalir bukan dari jasadmu
kau juga akan ketahui
bahawa apa yang kau rasa atau punya
adalah milik Yang Maha Kuasa
Rabbul Izzati”
hasil pena
Azieham
17 mei 2008
Di ruang maya kasihku tertumpah
di ruang maya kita bertemu
berbicara tentang hidup yang kita tak tahu
bermula dengan cerita tentang manusia
tentang internet, sosial, ekonomi, pengajian dan alam
di ruang maya itu juga
sayang menjelma entah dari mana
kasih terbina entah dari apa
cinta bersemi entah dari bila
di ruang maya itu juga
kita pelajari tentang Kuasa Yang Esa
yang menemukan dua manusia
daripada tanpa ikatan apa-apa menjadi insan yang bersama
daripada tanpa sayang, kasih atau cinta menjadi insan yang berjiwa
yang merindu dan sentiasa mahu bersua
di ruang maya itu jugalah kita pasrah
kepada Allah kita berserah
semoga langit
hasil nukilan
Azieham
18 Mei 2008
Sunday, July 6, 2008
Rindu Semalam
puas kucari kemanakah perginya rindu semalam
yang kunanti seharian
tapi hanya bayu yang membawa pesan
rindu semalam masih menitip cinta
pada jiwa yang berbaur rasa
ku selongkar segalanya
untuk mencari rindu semalam
di balik kasih sayang dan cinta yang kita ungkapkan
tak ku temui rindu semalam
hanya rindu yang berterusan yang mengalir tak putus-putus
kerana rindu semalam belum berakhir
Nukilan
Azieham
19 Mei 2008
Tentang Azieham
gabungan dua nama menjadi satu
dua jasad bersatu
dua jiwa bersama
Azieham
dunia ilmu dan wacana minda
semoga dengan apa yang ada
manfaat boleh ditimba
Azieham
lambang kasih ham kepada azie
tanda cinta azie kepada ham
semoga nama yang berkat ni
kekal dianugerah Ilahi